Sunday, January 27, 2013

:::lovingsomeonewholovedsomeoneelseishurt:::

Assalammualaikum...

Lama sudah x update this blog..huahuahuahua...okey..kita pergi ke tajuk di atas..yess..everytime aku serabut,aku akan taip sambung2 mcm tu..hahaahah...

Okey, ada satu cerita nak share la..I just got to know this story (ifuknowmeverywelluwillknowthatilied)..

Rupanya kan...kan...mencintai seseorang yang mencintai orang lain itu sangat sakit rasanya..rupa2nya la kan...untungnya kepada siapa dlm situasi ini?of course la bukan kepada orang yg mencintai dan tidak dicintai itu..because that person have to be strong to face the truth..strong enough until dia boleh tahan air mata, boleh gelak2, boleh senyum walaupun dlm hati dia Allah saja tahu..that can person can fake the outer layer, but not the feel within..
Try to analyse, dalam situasi ini sebenarnya yg salah siapa?ada ke pihak yang perlu disalahkan?mcm xda kan..tapi rasanya org yg mencintai dan tidak dicintai itu seharusnya memikul rasa bersalah tersebut and at the same time memikul rasa kesakitan tersebut..
Ish..susah jugak kan...hurmmmm...How to save this person?should that person stayed or runaway from the person that she loved?Feeling hurt with this situation until that person feel guilty and do not want to course harm towards someone that loved by that someone..hahahaha...confusing kannnn...

Xpela..hope that person boleh heal dengan bantuan Allah SWT..Aamiin...

Till then, bye!!!!

Wassalam

Tuesday, January 1, 2013

::: dua ribu tiga belas :::

Assalammualaikum...:)

hehehe...been a while since aku update blog kan???hehehe...

Pejam celik, pejam celik, celik, celik  lepas tu pejam lagi..haa..akhirnya, kita dah pun melangkah ke tahun yang baru 2012 u olllsss..eh silap..itu tahun lepas..2013 daa..hahaha...

Macam baru semalam jer aku buat entry pasal 2012 punya resolution..sekarang ni, nak buat tentang 2013 resolution la pulak...okey..Kelazimannya dan kebiasaannya, setiap tahun baru, xkira la yer, tahun baru Hijrah or Masihi, pasti setiap manusia ada azam kan..heee...okey..azam tahun 2013 aku ialah..jap jap..nak tanya dulu..azam 2012 dh tercapai belommm????hahaha..boleh laaa..Alhamdulillah...

okey, hari ni 1 Januari 2013, dibawah merupakan my 2013 resolution ;

a) ????
b) ???????
c) hurmmmm
d) thinking.....
e) loading.....

okey, aku xda azam lagi..xtahu lagi apa aku nak capai tahun ini....waaa..nak boyfriend boleh x?hahahaahha..okey, itu merepek jer yer..

tapi memang secara serius, aku tak tahu lagi azam tahun nie..so, when i figure it out, I let u and myself know..hahaha..xpe..maybe tahun ni, aku guna teknik go with the flow jer..muahehehe...

So, till next time yer..hahaha

Wassalam :)

Wednesday, December 12, 2012

::: Daro's, The Great Escape :::


Assalammualaikum  :)

Pada  30 November 2012 sehingga 2 Disember 2012 yang lepas, aku telah meluangkan masa hujung mingguku di daerah Daro. Apa yang aku buat kat sana? Ada beberapa sebab iaitu ;

a) Menghadiri majlis perkahwinan kawan aku, Puan Adlyna (dah puan ko umik..heee)
b) Saja jalan-jalan since tidak pernah pergi Daro.
c) My Personal Great Escape (heh)

Rancangan nak pergi sana dibuat dalam masa beberapa minggu juga la. Mulanya kecenderungan nak pergi tu tidaklah kukuh sangat, tapi disebabkan Kak Enab pun kata nak balik kampung, so, aku pun apa lagi, menjadikan rancangan aku jadi realiti la..hehehe..Terima kasih Kak Enab kerana sudi bawa aku pergi ke kampung halamannya di Daro. Nama kampung Kak Enab ialah Kampung Itul (kalau x silap la).

Kami bertolak pada hari Jumaat dan seawal 6 pagi Kak Enab sudah pun setia menungguku di depan rumah (kami pergi naik kereta kak Enab, kalau naik Jared Padalecki kesayangan hamba..aishhh..tak payah ler..hehe). Rombongan balik kampung ni ada 4 orang, aku, Kak Enab, Midot (anak buah kawan Kak Enab) dan juga sepupu kak Enab. Individu yang bertuah memandu dari Kuching ke Daro ialah sepupu Kak Enab.hehehe..kalau harap kita orang yang drive, alamatnya 6 pagi esok baru sampai..hehehe…

Perjalanan ke Daro mengambil masa lebih kurang 10-11 jam juga la sebab banyak kali berhenti sebab makan & pergi toilet..tapi paling kerap berhenti sebab nak ke toilet (tidak tahu la sebab apa, mungkin sebab banyak kali terhentak kot..heh). Untuk makan 2 kali jer, semasa kat Serian untuk sarapan dan semasa di Sarikei utk makan tengah hari. Sepanjang perjalanan, dapat jugak la lalu daerah kecil seperti Roban, Saratok, Engkelili, Bintangor, Betong (okey, ini Bandar) dan beberapa daerah kecil yang lain yang aku dah tak ingat namanya..hehehe…

Kak Enab cakap, kena drive laju sebab nak kejar feri, sebab kalau xsempat, feri tidak beroperasi, alamat kena cari port tidur la..huhu..Tapi Alhamdulillah, sempat la sampai..Haa..buat pengetahuan anda semua (okey, yg follow blog ni je la ye ada 3 org..hehehe..xpe2) nak ke Daro ni kalau route yang kita org guna ni melalui Sungai Bidut (Sempadan Sibu-Sarikei), jadi kita orang kena melalui 3 buah feri…haa..nak tunggu feri nilah yang menambah tempoh perjalanan..huhuhuhu..Tapi xpa, pengalaman..hehehe..before nie pernah la naik feri, tp xla sampai 3 kali naik feri..paling lama, feri kat Batang Igan, kena tunggu sejam baru sampai..dalam feri tu pun dalam 30 minit sebab batang Igan tu besar..Feri Batang Igan tu last la, lepas tu dalam 5 minit macam tu, dah sampai kampung Kak Enab..xla jauh sangat..hehehe…Kita orang sampai rumah Kak Enab lebih kurang 5 petang mcm tu la…Salam-salam dulu, kenal dengan mak Kak Enab, adik-adik dan anak2 buah Kak Enab..then, Kak Enab bawa pergi jalan-jalan sekitar Bandar Daro..hehe..kecil je..pusing2 kat situ juga…mcm dlm kampung tu sahaja..Dekat pasar tu, ada org jual dabai, durian dan rambutan..Tapi paling banyak durian..murahhhh….tapi xdapek la den nak beli bw balik Kuching, harum semerbak la sepanjang perjalanan..tahan je la..hehehehe…Lepas jalan-jalan (naik kereta jugak ni walaupun dekat jer), kita orang pun balik mandi dan makan..Mak kak Enab dh masak..lepas makan, bapa kak Enab beli doghian..aishhh..melantak la durian lagi…lepas tu, kita org rehat dulu, main ngan anak buah kak Enab sambil tengok tv..then, ada lagi durian..mak aiii..kenyang den…xda tempat dh nak sumbat..hehehehe..tp makan jugak..durian tu…nyaman gik yaaa…(haha..keluar bhs ibunda ku)..Ha, lepas tu aku collapse..penatsss….bangun pagi dikejutkan dengan bunyi ayam berkokok..sangat dekat..belum bunyi alarm clock aku lagi..hahaha…

Pagi hari kedua tu, semua org bersiap nak pergi kenduri..banyak kenduri hari tu..so, aku mmg la dh sah2 le pegi kenduri kawan aku seperti yang aku cerita kat entry before this..
Baik, kita berpindah pula ke sub topik aktiviti sepanjang di Daro. Selama 3 hari 2 malam berada di sana, ada 2-3 aktiviti la kita orang buat secara spontan..hehehe…Antaranya ialah ;

a) Selepas pergi kenduri, kita orang rileks jap, then, Kak Enab bawa pergi jalan2 ke Matu..nak ke Matu ni kalau dari Daro ambil masa lebih kurang 30 minit jugak la..Sampai kat Matu, kita orang main kat taman permainan sebab kita orang bw sekali Lala dan Nuha (anak buah Kak Enab)..hehe..jd budak kecik jap, main jongkang-jongkit, buaian dan gelongsor..seronok laaa..lama dah xmain…dapat la jugak switch focus jap dari memikirkan ttg sesuatu (as I said, Daro’s is one of my personal great escape..hehe) sebab main dengan Midot, Lala dan Nuha..and belajar bahasa Melanau sikit2..heee~~~Matu ni, bandarnya sangat sunyi compare with Daro..maybe hari Sabtu kot, ramai orang pergi ke Mukah or Sibu utk jalan2..Lepas main, kita org singgah satu gerai utk membasahkan tekak, yela, bw budak2, kesian dia org kehausan..hehehe…aku minum jagung susu (this one, aku mcm tak buat great escape, sebab..hurmm..malas mahu ckp la)..sedap jagung susu dia..susu n jagung banyak..Cuma mungkin ais dia kasar sikit..kalau halus lagi..lagi ummppphhh..hehehe…



b) Lepas main kat taman permainan, Kak Enab bawa pergi pantai kat Kuala Matu..hurmm…air tengah pasang..tp air lautnya warna teh tarik..jd xla berminat sgt nak pergi main airnya..pluss..angin sangat kuattt..besttt…duduk je kat pondok kat tepi pantai tengok Kak Enab main dengan Lala..aku, Midot and Nuha main kat pondok jer melayan perasaan..Nuha xla, dia main batu2 kat situ..hehehehe…Balik dr pantai, kak Enab singgah beli rambutan..waaa..murah…RM1 seikat..kopek la juak..hehehehe…

c) Sampai ke rumah..haaa..kita org keluar lagi..tp kali ni, naik motorsikal..hehehe..Since aku xreti bonceng motorsikal, aku tumpang Midot la..Kak Enab bw anak buah dia yg 2 org tu…wah, tahu ke tidak?mesti xtahu kan, aku sebenarnya dh lama xnaik motorsikal..hehehe…jadi, masa naik tu, ada gak rasa mcm gabra sikit..lagi2, si Midot tu bukan ada lesen pong..tp Alhamdulillah, steady je dia bawa..hehehe…seronokkkkk!!!! sangat…angin kuat…tp kan, walaupun kawasan kat Daro tu la besar, mcm dlm kampung tapi kita kena pakai helmet jugak, kalau xpakai, pakcik polis kejar anda sampai ke rumah yeee…soo, sila pakai helmet, mcm kami..ngeh3x. Kita orang jalan-jalan dalam kawsan kampung..masuk kawasan kecik yg motor je dapat masuk..tengok rumah kat kampung tu..cantik-cantik rumahnya..sukaaa…hehehe…lepas tu tengok orang memancing..yang memancing bukan lelaki tau, tp kakak-kakak..haaa..menarik…sepanjang jalan-jalan naik motor, kita org tengok rumah burung walid..haa..kalau nak tahu, kat Daro tu memang sangat banyak rumah burung walid..ada yang lebih besar daripada rumah manusia..lebih mewah drpd rumah orang…hehehe…Tapi kan memang seronok jalan-jalan naik motor…paling penting, sekali lagi aku berjaya shift pemikiran aku daripada memikirkan perkara yang aku nak elakkan (once again, my personal great escape). Lama jugak la kita orang jalan-jalan naik motor..hehehe..Hampir nak Maghrib, kita orang pun balik….hehehe…

d) Sampai je rumah, mak Kak Enab suruh pegi mandi dulu sebab dia orang ajak pergi makan kat luar..uishh…makan lagi..hehehe..tapi xpa..mak kak Enab cakap, pergi jalan-jalan xpayah diet..hehe..okey..Malam tu, kita orang pegi makan kat gerai kat kampung tu..ramai juga orang kat gerai tu..haa..tapi yang pergi nya, kami berlima jer..bapak dan mak kak Enab tak dapat ikut..bapak kak Enab tiba-tiba ada hal..so, kita orang berlima je la pegi…Tahu x makanan dia sangatttt murah compare dengan Kuching..bihun goreng rm2.50 je tau…kalau ada ayam rm3.00..kalau kat kuching dah jadi rm5.00 dah..hehe..tapi malam tu kita orang makan nasi dan order lauk la..ikan bawal masak merah, sotong goring tepung (this one seriously sangat SEDAP!!!!!..garing..sampai kita orang order 2 pinggan..hehehe..sedapppp) dan sayur baby kalian (favorite nie)..Kesimpulan, diet aku memang hampeh sepanjang di sana..hahaha…makan, makan dan makan lagi..hehehehe..Alhamdulillah..TQ Family Kak Enab :)
e) Balik daripada makan, kita orang siap2 nak tengok bola..haa..mlm tu ada game, Malaysia vs Indonesia..tp aku tengok 1st half jer..lepas tu aku g layan mata..mengantuk..hehehe…

f) Ahad, kita orang nak balik dah..huhuhuhu…tamat sudah masa personal great escape aku..back to reality la ni..huhuhuhu….Bangun pagi, seperti biasa dikejutkan dengan bunyi ayam berkokok..perasaan dia lain tau berbanding dengan alarm clock..hahaha..tau x sebab apa?haa..nak bagitau la nie…kalau alarm clock dia bunyi aku boleh tutup terus pastu xbunyi lagi dah..tp ayam berkokok mcm mana aku nak suruh berhenti..haaaa…jadi..layan jer la yeee..heeee~~~

g) Kita orang berangkat lebih kurang pukul 6.45 pagi la lebih kurang..nak kejar feri pukul 7..kalau x, kena tunggu lagi sejam baru ada…tapi, apa nak buat daa..terlepas jugak la feri tu..Kak Enab cakap mungkin feri gerak awal kot sebab bawa lori sawit awl pagi..so, kena tunggu sejam la..naik pukul 8 pagi…Sampai je dalam feri, kali ni kita orang decide xnak duduk dalam kereta..kita orang keluar dan duduk kat feri tu..seronok tengok pemandangan Batang Igan..ada buaya x agaknya yer..hehe..xtau la…then, kita org pun teruskan perjalanan tanpa henti sampai la kita orang reach Sarikei..haaa…sebab aku nak pergi satu kedai makan nie dan lepas tu nak beli pokok dabai untuk mak dan bapak aku..hahaahaha…

h) Dalam pukul 11 lebih mcm tu kita org sampai Sarikei. Sampai jer, kita orang pegi brunch kat kedai Aik Seng..femes dengan roti bakar Aik Seng dia..aku teringin nak makan roti bakar tu since aku peminat roti bakar..dan paling penting nak minum kopi dia sebab aku juga suka minum kopi..hahaha…takut jugak kalau roti bakar xda lagi sebab kak Enab cakap cepat habis..oh ya, lupa, kedai ni ala2 mcm kopitiam lama la dan terletak kat Jalan Wharp..xjauh daripada tempat ekspress dan pasar..hehe..lupa pulak nak ambik gmbr kedai sebab excited punya pasal nak makan roti tu…dan, aku seperti yang telah dirancang, aku order kopi peng (serius sedap), mee goreng tanpa tauge (ni pun sedap) dan roti bakar aik seng..hahahaha..2 menu sekali aku order..rasa macam jalan2 cari makan pulak…xpe2..breakfast tadi minum air jer..Kak Enab, Midot dan sepupu Kak Enab order nasi ayam..hehehe…aku sangat suka mee goreng dia sebab dia goreng kering, so xla mual..sebab aku kurang berminat dengan mee goreng..lebih prefer bihun..tp mee goreng kat sini sedap…licin aku makan..hahaha..xingat belakang dah aku melantak tu…tapiii..roti bakar dia memang terbaikk..hahaha..menariknya roti bakar dia ni, dia guna bun burger tu and dia panggang atas arang..bukan guna toaster..heehe..ala..mcm zaman dolu2 la…sedap..sangat ranguppp….habis aku makan..Alhamdulillah…then, lepas pegi makan, kita orang pegi beli dabai kat tepi sungai kat pasar tu…murah sangat berbanding Kuching..RM6 sekilo…aku beli 5 kg…tapi kan, aku pulak xmakan dabai nie…hehehe..xdapat la aku masuk dengan rasa dia..family aku pulak memang suka sangat makan…dia org cakap sedap…hehehe..kira puas hati la yerr…



i) Then, kita org teruskan perjalanan untuk kembali ke Kuching..hehehe…kali ni, perjalanan balik kita orang tak banyak singgah, sebab perut xmeragam..hehe..baik jer dia..hehehe…kita orang singgah kat Temudok jer utk solat jamak…kat area Sri Aman dah tu..dan singgah minum kejap..kak Enab lapar rupanya, jadi dia pesan burger..aku?minum jer la..kenyang lagi dengan roti bakar tu masih dapat rasa lagi kat tekak aku..xhabis hadam lagi..hahaha…

j) Then, teruskan perjalanan balik ke Kuching..sampai ke Kuching lebih kurang dalam pukul 5 lbh mcm tu la..kita orang pegi rumah Kak Pura dulu, hantar umai dia…then, pegi hantar sepupu kak Enab kat Demak, then Kak Enab ajak pegi BCCK, ada PC Fair kan..hehehe..penat2 pun pegi jugak nie…aku beli pendrive..hehehe..then, hantar Midot ke Kpg Tabuan…aku sampai rumah dalam pukul 7 lebih kot…huaaaa..dah sampai rumah baru rasa kepenatan….first thing aku buat, unpack beg, mandi..lepak jap ngan mak bapak abang n tunang abang yg kebetulan ada kat rumah…then…Selamat Malam…tidurrr..esoknya nak kejaaaaa…wahhhhh……

Therefore, I guess, that’s the end of this long entry..hahaha..panjang gila entry kali ni..salu aku buat pendek2 jer..hahahaah…sori la..xbanyak sangat ambik gmbr..



Jadi, kalau ada rasa nak pergi jalan2 ke Daro tu, pergi la utk buat personal great escape mcm aku..hahaha..da hotel tau kat sana…hehe..dont worry..kalau nak pergi Sibu ke, Sarikei ke..malas nak drive, naik jer Ekspress..xjauh pun dr hotel..jalan kaki jer…hehehe…

So, that’s all for now, nanti kalau ada benda best yang berlaku..aku update lagi..or kalau rasa nak buat personal great escape..aku update lagi..hahaha..

Wassalam~~~



Monday, December 10, 2012

::: Its Kahlil Gibran's masterpiece :::

Assalammualaikum...:)

Uhuk2...musim batuk, selesama, demam sudah mai..hahaha...akibat makan rambutan lah nie..tp xpa, janji sedap..Alhamdulillah, nikmat Allah :)

Baik, aku tidak ingin merapu-rapu dan mari kita lanjutkan kepada tajuk kita yang di atas..Kahlil Gibran..who is he?haaaa.....Dia ni kira macam sasterawan yang berasal dari Labenon. Okey, kalau tengok nama mesti ingat dia Islam kan???..Tapi tidak, dia beragama Kristian tapi dibesarkan dengan banyak pengaruh daripada dua agama, iaitu Kristian dan juga Islam.

Tapi, aku tak la nak cerita panjang pasal Kahlil Gibran ni since anda semua boleh la tanya Haji Gol (haha..search engine yg baru) kalau nak tau pasal dia ni...

Tadi, sebenarnya terbaca satu karya dia yang di terjemah dalam bahasa Indonesia..tajuknya, Cinta yang Agung..and you know what, I really like it..hahaha..

So, dengan ini, saya titipkanlah sebahagian karya Kahlil Gibran tersebut untuk bacaan anda semua yerr..


Cinta yang Agung

Karya: Kahlil Gibran

Cinta yang Agung
Adalah ketika kamu menitiskan air mata dan MASIH peduli terhadapnya…
Adalah ketika dia tidak mempedulikanmu dan kamu MASIH menunggunya dengan setia….
Adalah ketika dia mulai mencintai orag lain dan kamu MASIH bias tersenyum sembari berkata “Aku turut bahagia untukmu”…
Apabila cinta tidak berhasil…BEBASKAN dirimu..
Biarkan hatimu kembali melebarkan sayapnya dan terbang kea lam bebas LAGI…
Ingatlah..bahwa kamu mungkin menemukan cinta dan kehilangannya…tapi..ketika cinta itu mati..kamu TIDAK perlu mati bersamanya..
Orang terkuat  BUKAN mereka yang selalu menang ..MELAINKAN mereka yang tetap  tegar ketika mereka terjatuh….

Aku sangat suka the last phrase tu..sangat motivating I can say..heh..but it is true...untuk menjadi kuat, kita tidak semestinya perlu sentiasa menang dalam menangani apa pun dalam kehidupan, but you are strong apabila diduga banyak kali, disakiti seribu kali, terluka sejuta kali, tapi anda masih mampu tersenyum, masih dalam kondisi yang sama, tetap menjadi org yg sama dan tetap mahu mencuba....hehe..

Hurm, I think, that's all for now..nanti update lagi kalau hormon rajin menguasai diri..hehehe..

Till then, Wassalam :)

p/s : Dont forget to pray for Gaza :) and our brothers and sisters :)


Monday, December 3, 2012

Adlyna's wedding :)

Assalammualaikum :)

Sejak dua menjak 3 menjak ni banyak pulak entry pasal kawan2 kawen, diri sendiri bila lagi ye?hehehe..lambat lagi..huahuahua..susah nak carik Shahid Kapur..heeee :p..

Okey, hujung minggu yang lepas (30 November-2 Disember 2012). masa diluangkan dengan seronoknya di kampung halaman kak Enab di Daro..hehehe..okey..cerita pasal Daro ni kita update kat entry lain..Sekarang sila fokus dengan tajuk entry Adlyna's wedding yer..

Adlyna binti Zainuddin is a dear friend masa belajar kat UNIMAS dolu2..sama kelas, geng lepak, geng buat assignment, geng buat program-program masa belajar..hee. Jadi, sekarang, jodoh umik Lyn dh sampai bersama jejaka dari Miri, Sarawak..Tahniah Lyn..Happy for u..:)

Kampung Adlyna terletak di Daro, Sarawak. So, I've travelled to Daro to attend this precious wedding of my friend. Seronok dan Menarik sekali majlisnya..simple but memorable..weh, basuh tangan guna air mineral u allsss..sampai2 je kat rumah, tak sempat nak salam mak bapak pengantin, kita orang disuruh makan doluuu..hee..so, kita shoru la dulu...lebih kurang je la dengan Kuching..hehe..cuma majlis start sangat awal, sekitar 8-9 pagi dh mula..hehe..aku pulak dtg ikut time Kuching, 10 ++ pagi..heeee..Syukur majlis masih berlangsung..takut juga majlis dh habis sebab kak Enab cakap kenduri kat sana tamat awal...

So, di bawah ialah gambar dengan pengantin :)


Once again, Selamat pengantin Baru Adlyna dan suami. Semoga kekal dan bahagia hingga ke syurga ya :)

Sekian, Wassalam :)

Monday, November 5, 2012

::: Pembaharuan lesen kereta :::

Assalammualaikum :)

Hari ini pegi Jabatan Paling Jauh (heh) untuk renew license aku yang dah luput pada 30 Oktober yang lepas..hehehe..a week after baaru renew yerr...pecah la tembelang driving keta dengan lesen dh luput utk beberapa kali..beberapa kali saja okey sebab syukurlah sebab my bro ada di Kuching for the whole week, so ada la org yg drive sementara menunggu kesempatan utk renew license..hehehe...

Jadinya, hari ini bersama kak Nab aku kluar lebih awl dr ofis utk bergegas ke JPJ yang letaknya di Batu 10 (ke batu 13?) untuk menyelesaikan urusan hamba yg tertangguh seminggu kerana kesibukan yg entah apa2..hahaha...(tp mmg busy pung)...

Lewat juga la sampai ke JPJ..dlm 1245 mcm tu la..then pg ambik nombor giliran..nombor giliran aku is 1351 n during that time nombor yg runnung is 1298 kalau x silap la...mak aiiii...lamanya kena tunggu kannn...masa menunggu tulis kat nomnor giliran tu pulak 52 minit..wah2..x lunch la alamatnye yerrrr....Erm, selalunya kalau aku nak renew license ni aku guna kabel la..aku kenal sorang kakak yg jaga kaunter tu, Kak Fathia namanya..tp hari ini dia xda..so, kena tunggu giliran la jawabnyerr...

Tapi, yg menariknya la kan..servis dia cepat...xsampai 52 minit pun kena tggu..giliran aku tiba dlm pukul 120 mcm tu la...hehehe...kejap je renew nie..xsampai 5 minit...


*yang gmbar tudung pink lesen lama, yg tudung hijau baru :)*

Tarikh luput lesen aku yang terbaru is 28 Mac 2014..Tarikh ikut tarikh birthday yerr..hehehe..So, ada setahun lebih legi masa utk renew lesen lagi..hehehehe...

Baiklah, sampai sini sahaja dulu yer..nanti akak update lagi..hahaha...

BTW, lupa nak cakap..aku n kak Nab sempat jer lunch..tp tapau pegi SugarBun je la..then mkn kat ofis..hehehe :)

~Wassalam~

Bubbye :)

Tuesday, October 30, 2012

::: Yatie's wedding :::

Assalammualaikum :)

Long time no see blog..long time no write anything..hahaha...

Finally, after beberapa bulan tidak update blog, now, here I am..typing..haha..

Last Sunday was Yatie's reception day..Sangat sweet coz tema adalah pink n puteh..and the bride looked soooo gorgeous as she always does :)

Okay, masa kami datang (kami itu terdiri daripada aku, ajis,daus n memel), rasanya masa tu awal lagi kot sebab masih belum ramai yang datang..So, we decided utk tunggu for the bride and the groom to come..Haa..tidak lama kemudian, pengantin pun tiba dengan iringan kompang...

Then, kami pergi makan dolu before ambik gambar dengan pengantin :)

Ni gambar kami dengan pengantin yer...

hehehe....:p

Selamat Pengantin Baru Nurhayati & Eldrine Addin
Semoga bahagia dan berkekalan sampai syurga :)