Sajak ini bertajuk :
Syurga Itu
Kosong...
Begitulah permulaannya..
Lalu..
Bunga-bunga itu hidup dan subur..
Bersama keajaibannya yang tersendiri..
tanpa aku sedari.
Puas..
Penafian..
Penghapusan..
Segalanya aku lakukan untuk hapuskan..
Bunga-bunga itu..
Ku tarik, rentap..
Dari akarnya..
Namun, ia tetap teguh disitu..
Kenapa?
Benakku mula bertanya kepada
segumpal darah di dalam daging...
Tapi..hampa...
Syurga itu..
Ya, syurga itu tidak mungkin menyedarinya,
Kerana..
Aku kaku, kelu dan bisu..
Maka syurga itu,
Mata ini tidak akan pernah mampu menipu..
Kerana itu, ku palingkan indera ini daripada pandanganmu
Agar..
Rahsia itu wahai syurga dapatku simpan rapi
Dilubuk halus raga..
Tanpa mampuku bela..
Kerana..
Syurga itu..
bukan milik aku..
Wah..hahahaha...ciptaan selama 15 minit.
Tak seberapa, tapi cukup untuk mengingati zaman mempunyai hobi menulis sajak..
~Sekian~
Tuesday, March 20, 2012
Menjalin hubungan yang baik dengan individu
Assalammualaikum dan selamat sejahtera J
Read & Head
Kali ini perkongsian bertajuk , “Tips menjalin hubungan yang
baik/positif dengan rakan sekerja”. Bagaimana? Jom kita membaca tips di bawah.
Sumber (Kredit kepada) : dspace.unimap.edu.my/dspace/bitstream/123456789/7498/1/Tips membina hubungan positif.pdf
1) Memberi Pujian
-
Memberi pujian terhadap kerja yang
dibereskan atau sebarang kerja yang
dilakukan.
-
Cth : “Bagus”, “Good Job”, “Well Done” dan
sebagainya akan membantu menaikkan semangat seseorang/ rakan sekerja.
2) Elakkan kata-kata yang negatif
-
Kadang-kadang kita terlalu menumpukan tentang
perkara negatif sehingga mengeluarkan kata-kata yang negative terhadap
seseorang. Lantas, kita terlupa tentang perkara yang positif yang pernah
dilakukan oleh individu tersebut.
3) Jangan mengaibkan orang
-
Kita manusia biasa. Tidak terlepas daripada
melakukan kesilapan. Dengan itu, sebelum kita melihat kekurangan yang ada pada
orang lain, teliti dahulu kekurangan yang ada pada diri sendiri J
4) Bersikap rendah diri
-
Elakkan diri mengeluarkan perkataan yang
berunsur bongkak dan sombong. Perkara ini hanya akan menyebabkan orang lain
menjauhkan diri daripada anda. Maka, bersederhanalah anda setiap masa J
5) Elakkan kata-kata yang sarkastik
(menyindir)
-
Menyindir boleh menyebabkan kita merasa puas.
Namun, bagi orang yang mendengarnya akan merasa sakit hati.
-
Tapi, bagaimana pula dalam situasi di mana rakan
sekerja kita mungkin “mengganggu” kita secara emosi? Bagaimana kita hendak
menangani isu sebegini. Ya, salah satu cara adalah menegur dengan cara yang
berhemah. Tapi jika masih tidak berubah, hurmm, nampaknya, penggunaan sarcacism
mungkin boleh membantu, tapi dari segi yang positif. Demi keamanan sejagat.Heh J
6) Memohon maaf dan Memaafkan orang lain
-
Di antara tanda kerendahan hati ialah mudah
memohon maaf dan memaafkan orang lain. Jika mahu orang lainmemaafkan kita, maka
apa salahnya kita terlebih dahulu memaafkan orang lain.
-
Selain itu, dengan bersikap pemaaf dan sentiasa
meminta maaf, hati akan sentiasa tenang.
7) Menghargai orang lain
-
Hargailah orang lain (hasil kerja mereka, usaha
yang mereka curahkan untuk kerja mereka) menunjukkan kita mempunyai sifat
mengambil berat tentang individu lain.
-
Sentiasa peka terhadap perasaan mereka.
8) Memberi teguran yang lembut
-
Kata-kata yang lembut mampu menembusi hati yang
keras. Betul?Heh
9) Suka Membantu
-
Sikap suka membantu akan menyebabkan sesebuah
hubungan menjadi lebih erat. Bak kata WonderPats “Apa yang penting, Kerjasama”.
Monday, March 19, 2012
Kes Jenayah Penculikan yang semakin berleluasa
Asslammualaikum dan selamat pagi..:)
Isu yang ingin dikongsi pada hari ini ialah berkenaan dengan isu yang sentiasa berlaku, malah semakin berleluasa sejak kebelakangan ini. YESSS..Isu penculikan, kehilangan budak kecil, remaja mahupun orang dewasa. Apakah yang membuat aku terpanggil untuk menulis tentang kejadian ini? Kerana, kes penculikan, kehilangan orang ini seperti tiada akhirnya.Terbaru adalah kejadian kes bunuh adik Dirang dan semalam (19 Mac), negara digemparkan lagi dengan kes penculikan seorang gadis berusia 15 tahun, adik Siti Nur Fatihah.
Apabila kejadian seperti ini berlaku, masyarakat malah setiap individu akan mencari siapa yang harus dipersalahkan. Kenapa kes sebegini masih berlaku? Tiada undang-undang kah negara kita? Apakah tindakan pihak berkuasa? Apkah peranan serta tanggungjawab ibu bapa? Ataupun, menjadi tanggungjawab masyarakat untuk menghapuskan jenayah seperti ini daripada terus berleluasa? Ya, itulah persoalan yang akan timbul dalam benak kita. Dan yang paling penting, kita terus-terusan mencari siapakah yang harus dipertanggungjawabkan, siapakah yang bersalah? Siapakah yang harus memainkan peranan mereka?
Namun, haruskah kita meletakkan kesalahan tersebut kepada seseorang atau pun sesuatu pihak hanya kerana mereka mempunyai tanggungjawab ke atas individu yang hilang tersebut? Sebagai contoh; Pasti ada segelintir masyarakat yang akan menunding jari ke arah;
a) Ibu Bapa
- Wajarkah kesalahan diletakkan ke atas ibu bapa? Tiada ibu bapa yanng inginkan kejadian yang buruk terjadi ke atas anak-anak mereka. Itu pasti. Tambahan pula, dengan kejadian terbaru, adik Fatihah hanya pergi ke kedai yang hanya terletak 100 meter dr rumahnya dan ditemani adik-adiknya. Mungkin orang akan terfikir, ibunya harus menemaninya. Jika difikirkan semula, walau ibunya menemani mangsa, adakah si penculik tidak akan menculik adik Fatihah? Hurmm???
b) Pihak berkuasa (Polis, JPJ- cermin kereta gelap)
- Rata-rata masyarakat menyalahkan pihak berkuasa kerana tidak tegas dalam pelaksanaan undnag-undang. Betul ke? Come on, Malaysia population is 27 million. Do we expect that the police or other authority can handle this kind of population? Yes, of course we expect that because that is their responsibility. But then, bear in mind, the authority do not have sixth sense or "crime trace alarm" that can help them to forecast crime that might happen.
c) Masyarakat
- Sebagai ahli masyarakat, adakah kita memainkan peranan dalam menangani masalah ini/ isu? Betul, kita boleh menjadi masyarakat yang concern, help each other, but then, bila penjenayah nak buat jenayah, diaorang akan buat announcement ke supaya kita bersedia untuk membantu mangsa? Pastinya tidak. Kita sebagai masyarakat pun tidak tahu kejadian seperti ini akan berlaku. Pasti jika ada individu yang berada di tempat kejadian (penculikan), mereka pasti akan membantu..Namun, kadang-kadang kejadian berlaku dalam lingkungan di luar jangkaan dan kemampuan kita.
Jadi, siapa yang harus dipersalahkan? Semua di atas? Atau adakah kita perlu mencari kesalahan seseorang dalam keadaan seperti ini sedangkan si penjenayah berasa seronok kerana pihak di luar sana menuding jari antara satu sama lain atas jenayah yang dilakukan oleh mereka.
Kejadian seperti ini akan terus berlaku walaupun setiap pihak memainkan peranan mereka. Kenapa? Sebab manusia pada zaman ini semakin kejam, tidak kenal erti takut, tidak takut dikenakan hukuman, tidak takut Tuhan, tidak takut pada kehidupan selepas mati. Para penjenayah mendapat kepuasan dengan jenayah yang mereka lakukan. Perkara yang perlu kita lakukan dan ubah adalah bermula pada asas kehidupan seseorang manusia. Kerana, seperti yang dikatakan tadi, manusia pada zaman ini bukanlah manusia sepenuhnya. Mereka manusia yang bertopengkan nafsu, syaitan dan kejahatan. Mereka berdiri dan hidup di atas ruang kesengsaraan orang lain. Mereka manusia, tetapi tidak ada hati. Tidak ada hatikah mereka sedangkan Allah menciptakan manusia itu semua sama. Manusia itu sendiri yang gagal memimpin diri mereka?Kenapa?Teras dan asas nilai murni dalam hidupan mereka tidak ada. Jadi, jika difikirkan kembali, siapa yang harus dipertanggungjawabkan?
Ha, jawapan yang paling cliche, pastinya takdir. Patutkah kita salahkan takdir?Apa yang takdir lakukan?Ya, setiap yang berlaku adalah Qada dan Qadar Allah. Tapi Allah SWT pernah berkata, Dia tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubahnya. Hanya satu perkara sahaja yang manusia tidak boleh ubah, iaitu mati. Maksudnya, kejadian seperti ini kita boleh ubah/boleh dielak daripada berlaku. Tapi bagaimana?
Hanya soalan yang mampu ditanya~~~
Sekian
Belajar buat chart..hehehe..
Assalammualaikum...
Hari ni kena buat monthly report (as usual) and in the report kena attach sekali statistik isu students for this month..hehehe (chart tu xpayah buat sebenarnya, tapi aku sendiri yg gatal nak buat)..hehehe...TAPI...masalah yang dialami ialah saya ini "SANGAT PANDAI" guna Excell untuk buat chart..hahaha..cuba punya cuba, tak juga jadi..last2 fed up lah jugak aku..Then, apa yang aku buat? Give up?NOOOOOO...
Then, aku pun mencari resolusi dengan meminta pertolongan daripada kak Hazla. Kak La cakap dia pun dh lama xguna, tp dia try jugak la ajar aku tadi..Last2, dia pun give up...Dia telah merujuk diriku kepada Zateel..Hahahaha...Yess..Alhamdulillah, Zateel menjadi penyelamat. Tapi dia ajar aku buat chart guna power point bukan excell. Takpa, asalkan senang nak buat, aku okey jak..hahaha...Setelah menimba ilmu daripada Zateel, akhirnya berjaya juga chart aku tadi..nak tengok hasilnya????kejappp yeee...
haaa...nampak simple, tp percayala, memang simple pun buat kalau guna Power point..ngeeee~~~Kalau guna Excell pulak aku xtau la brapa lama boleh siap..Bagi yang terer guna Excell ni memang as Easy as ABC...Tapi, xpa, at least I learned something new today (new kaa)hahahaha...TQ Zateel..heeee~~
Baiklah, sekian :)
~Wassalam~
Thursday, March 15, 2012
Love the new blog interface
Assalammualaikum & Salam Petang....:)
Hahaha...just want to say that I love the new interface for the blog. Even agak tidak brapa nak paham mula-mula, but sure after explorace bersama, I can understand how to used it..hehehehe....
Hurm, itu saja...Have a thing to do...
~Wassalam~
Hahaha...just want to say that I love the new interface for the blog. Even agak tidak brapa nak paham mula-mula, but sure after explorace bersama, I can understand how to used it..hehehehe....
Hurm, itu saja...Have a thing to do...
~Wassalam~
Tuesday, March 13, 2012
Basic Intensive Training Choice Theory/ Reality Therapy

Assalammualaikum & good day...
Seperti yang telah dijanjikan, I will update the outdated events that I went to for past few weeks..hehehe...
Pada 23-26 February, saya and Liza Sim (my colleague) telah dihantar pergi training kat Wisma WIM, Damansara. Basically, the training is about Choice Theory/ Reality Therapy (CTRT) iaitu salah satu teori dalam kaunseling.
During this 4 days of intensive training (9am-7pm ooooooo..tepu kami punya otak.hehe), there are a lot, i mean A LOT of things that I discovered, I learned..paling penting, I just found out that Choice Theory is not the other name for Reality Therapy...even my friends pun fikir benda yg sama..ajaran sesat la aku ajar students lamak2 tok..hahaha...its okay, now I know..
Choice theory is the name of the theory while Reality Therapy (WDEP System) is the delivery system for choice theory..Now u know ha..haha...
Actually, banyak lagi yang saya belajar..but since kadang2 tak semua benda kta boleh put in words..hehe..
Apart from that, I met new people, with incredible experinces that they shared & I fels soooo smallll...hahaha..rasa mcm zero jak bila bersama mereka..hahaha...But, Alhamdulillah..I learnt a lot from that la..Thanks to Doc, HR n Tuan Haji yg hantar saya n Liza pergi training..Tepu but yet INCREDIBLE experience..seriously..
A lot of interesting activities..maybe I can used it in my program..hehehe...
So, sampai sini dulu ye..nanti sambong lagiiii...daaa...
~Wassalam~
Monday, March 12, 2012
Mukaddimah
Assalammualaikum n salam sejahtera..
Wah..tersangat la lama tidak meng'update' my dear blog..malas..n recently ada beberapa kursus yang perlu dihadiri..hehe...
So, beberapa minggu tidak update blog, banyak benda mahu dikongsi bersama..
Antaranya ;
a) Training CTRT di Wisma WIM Kuala Lumpr
b) Kongres Usahawan Bumiputra
c) Brainstorming SIDMA COLLEGE di Four Points
So, selepas ini saya akan update okey..ni blog mukadimah jak..hehehehe...
Subscribe to:
Posts (Atom)
