Tuesday, October 30, 2012

::: Yatie's wedding :::

Assalammualaikum :)

Long time no see blog..long time no write anything..hahaha...

Finally, after beberapa bulan tidak update blog, now, here I am..typing..haha..

Last Sunday was Yatie's reception day..Sangat sweet coz tema adalah pink n puteh..and the bride looked soooo gorgeous as she always does :)

Okay, masa kami datang (kami itu terdiri daripada aku, ajis,daus n memel), rasanya masa tu awal lagi kot sebab masih belum ramai yang datang..So, we decided utk tunggu for the bride and the groom to come..Haa..tidak lama kemudian, pengantin pun tiba dengan iringan kompang...

Then, kami pergi makan dolu before ambik gambar dengan pengantin :)

Ni gambar kami dengan pengantin yer...

hehehe....:p

Selamat Pengantin Baru Nurhayati & Eldrine Addin
Semoga bahagia dan berkekalan sampai syurga :)

Sunday, August 5, 2012

::: Anak-anak Palestine :::


Assalammualaikum....Salam 16 Ramadan dan Selamat berpuasa :),

Mari kita lupakan seketika persiapan nak sambut raya dan semangat "membaking" saya kerana misi ini hanya
akan dimulakan pada minggu hadapan..

Tapi, apakata kita berkongsi sejenak tentang rakyat Palestine yg sudah hampir 64 tahun bergelumang dengan
darah saudara mereka, berhadapan dengan kematian hampir setiap hari, setiap minit mungkin, dan kini
mereka masih lagi hidup dalam berjuang mempertahankan agama dan nyawa mereka...

Ya, mungkin kita tidak mampu memahami penderitaan yang mereka alami, kesakitan yang mereka rasai serta kehidupan yang mereka lalui..tapi kita tahu, apa sahaja yang mereka tempuhi adalah dugaan yang sangat besar untuk mereka...Namun, mereka redha dengan ujian yang Allah berikan kepada mereka, kerana mereka pada laluan yang benar dan dalam lindungan Allah SWT..Mudahan mereka diberikan syafaat semasa di akhirat kelak..that J#@$!* akan hancur..sangat hancur...

Okey, kita pergi kepada topik di atas tentang anak-anak di Palestine..

Saya tertarik sebenarnya dengan tweet Heliza Helmi yang berkongsi tentang suatu cerita mengenai anak-anak yang bersekolah di sana..

"Apabila sekolah mereka dibom,tapi anak2 ini masih lagi berpakaian sekolah, membawa beg sekolah, dan menuju ke tmpt skolah yg tiada lg bangunan skolah.Apabila ditanya kenapa kamu semua pergi ke sana walaupun tiada bangunan sekolah ?"
Mereka menjawab, "Cikgu kata walaupun bangunan sekolah telah tiada tapi kita tetap akan pergi ke sekolah, kita tetap akan belajar. Kita tetap akan menuntut ilmu. "
Betapa kita melihat kesungguhan mereka dalam menuntut ilmu, tiada kemudahan, tiada sekolah tapi ilmu
tetap perlu dicari, dipelajari. Kekurangan yang dihadapi bukanlah suatu halangan buat mereka..
Namun, kadang2 apa yang menyedihkan ialah bila terfikir senario di Malaysia, kemudahan semua lengkap disediakan, namun, ada segelintir anak-anak Malaysia yang tidak tahu menghargai kemudahan tersebut. Ponteng sekolah, tidak hormat guru dan sebagainya..(mungkin sudah terbiasa diberi, jadi tidak tahu untuk mencari).
Jadi, kepada anak-anak di luar sana, hargai dan bersyukurlah dengan apa yg kita miliki kerana di luar sana, ada insan-insaan yang sangat dahagakan ilmu, namun begitu banyak halangan yg mereka lalui..


Sekian, Wassalam

Friday, August 3, 2012

::: Menu untuk Hari Raya :::

Assalammualaikum..

Okey, entry hari ini pendek sahaja..Hanya mahu share menu yg sedang sy plan untuk buat sempena incoming AidilFitri 1433H..hehehe..So, here it is ;

1) Kek Red Velvet Cheese
2) Kek Lapis Cheese Pesona (huahuahaua)
3)Biskut coklat chips
4) Biskut nestum..yummy..hahahahahah

Hari ini mahu pergi beli bahan2 untuk buat menu2 saya ini..semangat "membaking" tahun ini sangat tinggi..InsyaAllah, dgn sokongan pada diri sendiri..(diri sendiri jd support system)..saya akan melakukannya secara bereksperimentasi..hehehehehehehe....

Sekian..kalau dah siap..saya update kat blog yeeee...

~Wassalam~

Tuesday, July 10, 2012

What Did I Learn Episode 1

Assalammualaikum semua...or just me..hehehe...

Read n Heed

Okey, mulai hari ini (disebabkan  sy mempunyai semangat yg jitu untuk menulis di blog ini pd saat ini la), sy akan share tentang apa yg saya pelajari dlm kehidupan sy  (only if ada something interesting to share la) especially from the people yg sy jumpa hampir setiap hari since past few months (or weeks), i have this kind of reluctant feelings to share my thoughts on FB..why?dont know..so, medan yg terbaik is blog..heee~~its just for sharing, mana tahu we can learn something from it..okey??

Now, for the "What did I Learn Episode 1", I want to share about one interesting words from the peoples whom I met, though may be the words is common, tp dis time, what makes its special is, i can see it from the perspective of a person who really experienced it..Therefore, lets go to the main topic of the day :)

Kalau nak pilih pasangan hidup.......


What did I learn above sentence? Kalau nak pilih pasangan hidup, ikut panduan yang Rasulullah S.A.W dah sediakan iaitu;

 “Perempuan itu dinikahi karena empat perkara, karena hartanya, keturunannya, kecantikannya, dan karena agamanya, lalu pilihlah perempuan yang beragama niscaya kamu bahagia.”

Ini untuk kaum Adam lah ye...kaum Hawa pun boleh gunakan sekali sebagai panduan. Kalau nak pilih pasangan hidup, cari yang membuat kamu terpaut pertama sekali kerana agamanya dan hati budinya. Outside punya appearance, mungkin bagi sesetengah org itu juga penting sebagai penyejuk mata utk memandang. But then, kebahagiaan yg akan anda perolehi tidak selamanya terletak pada paras rupa, kerana itu semua akan hilang. Inside punya appearance yang akan kekal selamanya...Kalau dpt yg "inside" n "outsidenya" baik, maka anda dapat bonus track la maksudnya..hehehe...

Jangan nanti, dah kahwin, dpt outside appearance tip top tp inside nya hampeh..merana jiwa raga la jawabnya...Tapi..jika mahu improve insidenya, maka sebagai pasangan, kita kena la didik pasangan kita dengan baik, ke jalan yg di redhai Allah. InsyaAllah, boleh..hehe..

I know, what did I wrote, benda ni common, but sometimes kita lupa kerana terlalu mengikut hati dan keinginan jiwa raga kita. Well, i think, sampai sini dulu for episod 1..nanti sambung lagi episod 2 pulak..heee~~

Wassalam :)

Saturday, June 16, 2012

Baking~~~~

Assalammualaikum...heee~~

Lama suda saya tidak update blog yeee...So, hari ini, saja-saja tanpa apa2 sebab, saya terfikir nak update dengan tajuk baking?hahaha..Baking?Well, dalam diri ini, ada satu perasaan membuak2 nak belajar dan "baking"..

Nak baking ape?Err, yg utamanya, I really want to try to bake muffin..hee~~chocolate chip & blueberry muffin..wahhhh..niat bukan main, tp execution nya lambat tahap gaban..xtauk la bila nak mula polah (tiba2 bhs swk,xpa2 bhs jiwa bangsa)..

Belom habis cerita muffin, aku mcm suka nak polah red velvet cheesecake..pernah makan, n serius nang nyaman...boleh x nak polah for raya??haha..tp dlm bentuk cup...heee~~~tp masalahnya sekarang tok, oven xda..hehehe~~~

kena tunggu betul ada determination mok polah, then i will..just wait n see..wahahaha..xkesah la jadi ka x..yg penting coba..mun jd Alhamdulillah, mun xjd pun Alhamdulillah, boleh mencoba lain kali sampai berjaya...(mcm bukan ramziyah jak tok..hahaha)

Okey, thats it..gambar?no..no..i will post the picture of the cake n muffin bila aku dh polah..hahaha...

Okey, till then..bubbye..Wassalam :)

Thursday, May 24, 2012

Maths..oh...Maths

Read & Heed

Assalammualaikum everyone (ka aku sorang jak..hehehe)...

Matematik or Maths la dalam word singkatnya, is actually my favourite subject during my days in PRIMARY SCHOOL...heh...Y?panjang ceritanya..mari aku pendekkan...

Semalam (24 Mei 2012), saya bertugas jaga exam subjek Calculus..So, aku pun macam berminat la nak tengok apa jenis soalan Calculus nie..hahaha...Sekali tengok..mak aiii..soalannya..tahap gaban susah..bagi aku la..heh (sebab aku ni memamg lambat sikit kalau hal kira2 ni).. Bagi yang terer Maths mungkin peanut butter campur cheese (metafora aku utk senang) je la bagi mereka..Tapi bagi aku memang la maybe aku tak dapat jawab..hehehehe...

*Matematik*

Masa tengah jaga exam tu, teringat la pulak masa zaman belajar Add Maths..waaa...aku ingat lagi nama cikgu tu..Mr Phang (xingt lor nama full dia)..Sepanjang belajar subjek tu (form 4 & form 5), 2 kali je aku pernah lulus iaitu masa exam bulanan (topik statistik) dan masa SPM..yang lain semua failing with flying colours..hah..

From that, aku tahu dah yang aku nie memang xda bakat (malas sebenarnya) dalam bab Matematik..(tp matematik moden aku okey jerr..hehehe)..Sebab??aku ni malas nak kira..cepat give up..kalau sekali buat aku xdapat jawapan..aku xbuat terus (EXCEPTION semasa exam)..esoknya..main copy paste ngan cik haziyah je la..hahaha...

Thats why, aku decide after SPM, aku tidak akan ambil engineering..abang aku nak aku ambik la..tapi bila fikir hazab nak menghadap Maths..terima kaseh je la..heeee...So, aku decide ambil course yang hanya melibatkan pembacaan kerana I LOVE to READ..so sesuai la ngan aku..hehehe..

Err..sampai sini saja yeee..nanti sy menaip lagi..heeee...

~Wassalam~


Tuesday, May 8, 2012

Internet, PC, notebook, netbook....

Assalammualaikum dan salam sejahtera...

Dear blog,
I've been thinking to subscribe internet line kat rumah. But the problem is, my dearly laptop ada masalah dalaman yang menyebabkan it cannot be used for internet line..heh..So, if I want to subscribe the internet, I have to buy new laptop..hahaha..well, if untuk penggunaan di rumah, aku lebih suka PC sebab skrin nya besar, keyboard besar..senang nak menaip since I love keja2 menaip ini..hehehehehehe....BUT, memikirkan, mungkin di tempat keja baru nanti aku mungkin tidak disediakan PC, so maybe aku perlu membawa my own laptop right?Tapi, itula..laptopku tidak digunakan untuk online......Jadi, kesimpulannyaaaa??????Beli laptop lah nieee...uishhh..Laptop apa yang harga berpatutan sekarang tok?Ada x sistem pembayaran secara ansuran untuk pembelian laptop..Too lazy to search it at the internet since this 3 weeks will be a very busy week marking, key in the assignments..and other stuffs...hahaha..but I have time for Facebooking...Irony nyaa..hahaha...

So, undecided la sekarang ini..hehehe..Nevermind..maybe yg membaca this entry boleh bg suggestion yeeeee..:)

Okey..till next time :)