Monday, February 13, 2012

Komunikasi :)


Assalammualaikum dan salam sejahtera...

Hai Cik blog, lama sungguh saya tidak menyapa anda yee..hehehe...So, dalam mengisi kebosanan dalam timbunan kerja yang malas untuk disiapkan..hehehe, maka saya membuat keputusan untuk menitip sedikit perkongsian pada hari ini....Read n Head u all!!haha

Sedikit perkongsian untuk hari ini ialah mengenai komunikasi. Apakah itu komunikasi? Komunikasi adalah satu proses untuk menyampaikan maklumat kepada individu yang lain. Dalam kehidupan seharian kita, komunikasi merupakan antara elemen yang paling kerap kita gunakan. Yalah kan, apabila kita bekerja, kita perlu untuk sentiasa berkomunikasi dengan orang lain untuk memastikan setiap aliran maklumat berlaku dengan jayanya..hehehe..betul lah kan..

Namun, adakah komunikasi yang sering kita amalkan berkesan ataupun kita hanya tergolong dalam komunikasi “syok sendiri” . ..hehe..maksudnya, komunikasi yang tidak sampai lah tu..

Baiklah, bagaimana kita hendak memastikan, kita tidak mengalami komunikasi “syok sendiri” ini? Jom, mari kita baca sedikit tips untuk komunikasi berkesan J Happy Reading.




Komunikasi berkesan

1) Penggunaan gabungan komunikasi lisan dan bukan lisan

- Apabila bercakap, kita digalakkan untuk menggabungkan komunikasi lisan (bercakap) dengan bukan lisan (kontak mata, bahasa badan) supaya komunikasi tersebut meyakinkan penerima mesej. Namun, pastikan komunikasi lisan anda seiring dengan komunikasi bukan lisan anda. Jika tidak, ia akan mendatangkan kekeliruan kepada individu yang menerima mesej..heh.

2) Pendengar yang baik

- Kita memang sedia maklum bahawa, jika berkomunikasi lazimnya, kita pasti ada pendengar yang akan menerima mesej hasil daripada komunikasi tersebut. Jadi, individu yang menerima mesej mempunyai tanggungjawab untuk meningkatkan kemahiran mendengar maklumat dengan baik. Jika penyampai mesej sudah menyampaikan mesej dengan baik, namun penerima mesej pula yang kurang kemahiran mendengar (kurang kemahiran mendengar, bukan tidak dapat mendengar yee..itu kes lain), maka hendaklah penerima mesej tersebut meningkatkan kemahiran menerima mesej dengan cara ;

a) Fokus apabila individu lain sedang bercakap dengan kita

b) Elakkan melakukan kerja lain semasa individu lain sedang bercakap dengan kita

3) Penggunaan vokal

- Semasa berkomunikasi, digalakkan dengan menggunakan nada vokal yang sesuai supaya mesej anda dapat didengari oleh orang lain. Janganlah terlalu kuat, ataupun terlalu perlahan. Jika nada vokal anda memang secara semulajadi kecil atau besar, maka, itu perkara yang harus difahami oleh individu yang menerima mesej anda.

4) Elakkan berkomunikasi lisan di tempat yang bising

- Kalau tempat tersebut terlalu bising, khuatir jika apa yang disampaikan tidak didengari . Maka, penyelesaiannya, jika keadaan terlalu mendesak, gunakan komunikasi bukan lisan, jika tidak berjaya juga, hantar mesej guna telefon bimbit sahaja lah..:)

5) Elakkan menyampuk apabila individu lain tengah bercakap

- Orang tua selalu pesan, kalau orang tengah bercakap jangan menyampuk. Betul lah kata-kata tersebut. Kenapa? Khuatir jika kita menyampuk di tengah perbualan, hilang pula idea si penyampai maklumat tadi, lupa dengan apa yang nak dia katakan. Maka, penyampaian maklumat tadi jadi sekerat jalan sahaja. Tidak lengkap. Jadi, apabila berkomunikasi, kita digalakkan untuk mendengar dan membiarkan individu lain menyampaikan maklumat yang hendak disampaikan sampai habis, dan selepas itu barulah kita memberikan respon kita pula.


No comments:

Post a Comment