Sunday, August 5, 2012

::: Anak-anak Palestine :::


Assalammualaikum....Salam 16 Ramadan dan Selamat berpuasa :),

Mari kita lupakan seketika persiapan nak sambut raya dan semangat "membaking" saya kerana misi ini hanya
akan dimulakan pada minggu hadapan..

Tapi, apakata kita berkongsi sejenak tentang rakyat Palestine yg sudah hampir 64 tahun bergelumang dengan
darah saudara mereka, berhadapan dengan kematian hampir setiap hari, setiap minit mungkin, dan kini
mereka masih lagi hidup dalam berjuang mempertahankan agama dan nyawa mereka...

Ya, mungkin kita tidak mampu memahami penderitaan yang mereka alami, kesakitan yang mereka rasai serta kehidupan yang mereka lalui..tapi kita tahu, apa sahaja yang mereka tempuhi adalah dugaan yang sangat besar untuk mereka...Namun, mereka redha dengan ujian yang Allah berikan kepada mereka, kerana mereka pada laluan yang benar dan dalam lindungan Allah SWT..Mudahan mereka diberikan syafaat semasa di akhirat kelak..that J#@$!* akan hancur..sangat hancur...

Okey, kita pergi kepada topik di atas tentang anak-anak di Palestine..

Saya tertarik sebenarnya dengan tweet Heliza Helmi yang berkongsi tentang suatu cerita mengenai anak-anak yang bersekolah di sana..

"Apabila sekolah mereka dibom,tapi anak2 ini masih lagi berpakaian sekolah, membawa beg sekolah, dan menuju ke tmpt skolah yg tiada lg bangunan skolah.Apabila ditanya kenapa kamu semua pergi ke sana walaupun tiada bangunan sekolah ?"
Mereka menjawab, "Cikgu kata walaupun bangunan sekolah telah tiada tapi kita tetap akan pergi ke sekolah, kita tetap akan belajar. Kita tetap akan menuntut ilmu. "
Betapa kita melihat kesungguhan mereka dalam menuntut ilmu, tiada kemudahan, tiada sekolah tapi ilmu
tetap perlu dicari, dipelajari. Kekurangan yang dihadapi bukanlah suatu halangan buat mereka..
Namun, kadang2 apa yang menyedihkan ialah bila terfikir senario di Malaysia, kemudahan semua lengkap disediakan, namun, ada segelintir anak-anak Malaysia yang tidak tahu menghargai kemudahan tersebut. Ponteng sekolah, tidak hormat guru dan sebagainya..(mungkin sudah terbiasa diberi, jadi tidak tahu untuk mencari).
Jadi, kepada anak-anak di luar sana, hargai dan bersyukurlah dengan apa yg kita miliki kerana di luar sana, ada insan-insaan yang sangat dahagakan ilmu, namun begitu banyak halangan yg mereka lalui..


Sekian, Wassalam

Friday, August 3, 2012

::: Menu untuk Hari Raya :::

Assalammualaikum..

Okey, entry hari ini pendek sahaja..Hanya mahu share menu yg sedang sy plan untuk buat sempena incoming AidilFitri 1433H..hehehe..So, here it is ;

1) Kek Red Velvet Cheese
2) Kek Lapis Cheese Pesona (huahuahaua)
3)Biskut coklat chips
4) Biskut nestum..yummy..hahahahahah

Hari ini mahu pergi beli bahan2 untuk buat menu2 saya ini..semangat "membaking" tahun ini sangat tinggi..InsyaAllah, dgn sokongan pada diri sendiri..(diri sendiri jd support system)..saya akan melakukannya secara bereksperimentasi..hehehehehehehe....

Sekian..kalau dah siap..saya update kat blog yeeee...

~Wassalam~