Tuesday, September 27, 2011

~Pengurusan Konflik di Tempat Kerja~

Assalammualaikum..perkongsian untuk hari ini yeee...happy reading :)

Pengurusan Konflik di Tempat Kerja

Konflik di tempat kerja?Ini merupakan senario yang sangat normal dan biasa berlaku dalam sesebuah organisasi. Apa itu konflik? Secara definisinya, konflik berlaku apabila dua atau lebih pihak mempunyai perbezaan pendapat tentang sesuatu perkara. Masing-masing ingin mencapai matlamat masing-masing. Sudahnya, tiada kata sepakat yang di ambil dan akhirnya menyebabkan konflik. Jadi, bagaimana kita sebagai manusia biasa ingin menangani konflik yang berlaku ini terutama sekali di tempat kerja. Al maklumlah, kita ni manusia biasa, tidak ada kuasa luar biasa macam superhero di TV nak menyelesaikan masalah-masalah yang timbul sekelip mata. Tapi, kita perlu sedar, kita ada kuasa manusia biasa yang semestinya, manusia biasa boleh buat untuk menyelesaikan konflik. Antara nak dengan tidak sahaja yeee..Okey, apakah kuasa yang saya maksudkan itu?? Kuasa berfikir, kuasa akal fikiran kita dan juga kuasa komunikasi.

Menurut Encik Thomas dan Khilman, ada 5 cara untuk menangani konflik. Saya fikir, 5 cara ini semua orang tahu, cuma kadang-kadang kita tidak mempraktikkannya sahaja..

5 cara Pengurusan Konflik

1) Persaingan (Competitive)

- Persaingan merupakan cara yang sering digunakan oleh individu yang sangat tegas (asertif tinggi) dan individu yang kurang memberi kerjasama.

- Ini merupakan strategi ‘kalah-mati’, di mana hanya matlamat seorang individu sahaja yang dapat dicapai. Strategi ini disifatkan sebagai sangat mengawal dan mempengaruhi individu yang lain.

- Strategi ini berguna apabila kita merasakan sesuatu perbincangan itu sangat sukar untuk mencapai kata muafakat dan seseorang harus bertindak untuk member keputusan kepada sesuatu perbincangan.

2) Pengelakan (Avoiding)

- Strategi ini digunakan oleh individu yang tidak tegas (asertif kurang) dan tidak bekerjasama. Individu tersebut lebih selesa memendam pendapat untuk mengelakkan sebarang konfrontasi atau konflik berlaku.

- Strategi ini berguna apabila sesuatu perbincangan mula menjurus kepada pertelingkahan pendapat dan pergaduhan.

3) Kompromi (Compromise )

- Ini merupakan jalan tengah dalam menangani konflik. Strategi ini lebh cenderung kepada mencari alternatif yang memuaskan hati kedua-dua belah pihak yang terlibat. Pendek kata, bertolak ansur dalam mencari penyelesaian/ atau dalam sesuatu perbincangan.

4) Penyesuaian

- Strategi ini sering digunakan oleh individu yang memberi kerjasama dalam perbincangan tetapi tidak asertif. Individu yang menggunakan kaedah penyesuaian cenderung untuk “mengorbankan” kepentingan atau pendapat diri sendiri demi orang lain.

5) Permuafakatan

- Strategi ini mementingkan kerjasama individu yang terlibat dalam mencari penyelesaian yang memenuhi kepuasan semua pihak yang terlibat.

- Menggalakkan individu untuk berinteraksi dengan individu lain secara muafakat supaya keputusan atau alternatif yang di ambil memenuhi kehendak semua pihak.

No comments:

Post a Comment