Sunday, August 14, 2011

::: bOnDiNg :::




Assalammualaikum...

Hari ini, terbuka pemikiran ilham dari Allah SWT nak share pasal "Bonding"..Apa itu Bonding ye kawan2?Bukan Chemical bonding ye macam covalent bonding ke apa.. Kalau dari segi definisi istilahnya bermaksud "a process whereby human being develop a close and intimate relationship"..hehehe...okey, dalam bahasa sempoi nya, "Bonding" ni macam ikatan la antara manusia ke, haiwan pun ada bonding tau..hehehe...Bonding ni boleh berlaku antara keluarga, kawan-kawan ke..

Okey, Kenapa saya nak share pasal bonding hari ini?Sebab, saya melihat "Bonding" ini sebagai satu elemen yang sangat menarik untuk difikirkan bersama. Tapi fokus "Bonding" saya hari ini ialah tentang Bonding antara kawan-kawan yang kita namakan sebagai persahabatan ataupun dalam bahasa kampung ex-bf saya, Jared Padalecki ialah Friendship..hehehe...

Dari mana datangnya bonding ini?Bagaimana ia boleh terbentuk?Adakah ia boleh longgar?Adakah ia akan sentiasa kuat dan utuh?Kalau ya, bagaimana caranya? Ini antara persoalan yang bermain dalam fikiran saya kalau bercakap atau berfikir tentang bonding..

Well, pada pendapat saya, bonding nie dtg dengan sendiri, tanpa kita sedar pun bila ia terbentuk..Tp of course melalui beberapa proses dan stages yg sebenarnya kita sendiri tidak sedar.

Setiap ikatan pasti boleh menjadi longgar jika berlaku salah faham. Namun, jika bonding tersebut sentiasa dijaga dengan baik, InsyaAllah, ia tidak akan longgar malah akan sentiasa menjadi lebih kuat dan utuh..

Mengikut pengalaman saya, cara untuk sentiasa memastikan bonding ini sentiasa utuh ialah, dalam persahabatan, kita perlu sentiasa ada sikap tolak ansur antara satu sama lain, menghormati pendapat rakan-rakan kita, sentiasa peka terhadap perkara-perkara yang mungkin sensitif bagi rakan-rakan kita. Selain itu, komunikasi juga penting dalam memperutuhkan bonding. Komunikasi disini bukanlah bermaksud kita harus sentiasa berhubung dengan mereka, tapi komunikasi disini bermaksud, cara kita berkomunikasi dengan mereka.Okey, saya rasa setakat ini saja penjelasan saya..kering sudah idea maa..hahaha...

Haa..sebelum sy terlupa, paling penting, apakah asas atau dasar kepada bonding itu?kepercayaan, kejujuran dan saling menghormati antara satu sama lain..hehe..

Berikut merupakan "Friendship Bonding" saya ;

1) Geng Melepak di Kuching (The Gendutzzzz)
p/s : kami bersama-sama sejak di sekolah menengah tau..Alhamdulillah..until now..hopefully..eternity..Amin..
~Mereka terdiri daripada insan-insan yang diberi nama Nurhaziyah Ibrahim, Nur Erwani Fazidah Wahap, Noor Saadiah Bidin, Nizie Niriana, Haslin Nuraziliah, Mohd. Norman Bujang, Yazid Hj Pol Ong..oopss..salah, Dr Yazid Hj Pol Ong..dan Syed Yusuf..Insan-insan inilah geng melepak saya..


2) Sahabat-sahabat yang saya kenali semasa belajar di UNIMAS..
p/s : Dua insan ini merupakan yang paling rapat dengan saya....ketawa bersama, menangis pun sama-sama gak..huhu...kalau nbak bergosip2 pun ngan dia org berdua ni la...
~Mereka ialah Cik Nur Hazwani Mohtar dan Cik Noor Aziera Ismail (ini xlama lagi puan..:) )hehe..


3) The entire Counselling classmates..
p/s: Bonding students counselling ni terutama my batch memang sangat menarik dan luar biasa...kami boleh share banyak benda dalam satu kelas tau..xtau la nape kami boleh jadi macam tu..tp maybe sebab didikan daripada our lecturers la..I have to say this..I really miss those moments...huhu...Moments tersebut memang xboleh di ulangi lagi..hanya menjadi kenangan yang cukup manis buat kami..

4) Okey..yang keempat ni xda lagi..hehehe..setakat ini, itu sahaja bonding yang terkuat yang pernah saya miliki selain daripada of course bonding wif my family...tp...bonding yang paling kuat dan paling penting untuk sentiasa kita pertahankan dan perlu sentiasa kita upgrade ialah..of course BONDING WIF ALLAH S.W.T...mudah-mudahan sentiasa dalam rahmatNYA..Amin.

~Sekian untuk hari ini~

1 comment: