Tuesday, September 13, 2011

Jika pada saat ini anda merasa terjebak dalam rutin pekerjaan yang tak sesuai, tak perlu terus mengeluh atau cepat-cepat membuat surat resign. Beberapa point di bawah ini boleh menjadi penyuntik semangat untuk menjalin hubungan baik dengan pekerjaan.

1. Fikirkan Hidup Anda Tanpanya

Adakah anda tahu lebih daripada 300 000 orang rakyat Malaysia kini sedang menganggur? Anda merupakan antara individu yang sangat beruntung kerana sudah mempunyai pekerjaan. Cuba anda bayangkan, hidup tanpa pekerjaan dan tidak mempunyai pendapatan. Tentu sulit bukan? Jadi, bersyukurlah dengan apa yang kita miliki pada saat ini J Namun, anda sentiasa boleh berusaha untuk mendapatkan pekerjaan atau kata yang lebih tepat lagi KERJAYA yang anda idamkan.


2. Tidak Ada yang Sempurna

Segala pekerjaan pasti memiliki risiko dan cabaran yang harus dihadapi tidak kiralah sama ada kita mempunyai perniagaan sendiri, bekerja sebagai kakitangan awam atau swasta. Istilahnya, no pain no gain. Setiap apa yang kita lalui, pasti akan menjadi pengalaman yang cukup berharga untuk kita. Jika anda berasa lelah, payah, sukar atau tertekan dengan cabaran tersebut, ingatlah, there is always silver lining for everything. Pasti ada hikmah di sebalik kepayahan dan cabaran tersebut. J

3. Lihat dari Sudut yang Positif


Pekerjaan ini dapat membantu anda memiliki pengalaman dan pengetahuan. Hal ini sangat bagus untuk mengembangkan kerjaya anda pada masa hadapan. Pengetahuan serta pengalaman itulah antara faktor yang membezakan anda dengan individu yang lain. Unik dan tersendiri.

4. Cari Kebahagiaan Lain

Cari kebahagiaan lain?? Apakah itu? Jangan salah faham..Kebahagiaan yang dimaksudkan ialah buat perkara yang membuat anda rasa nyaman dan gembira apabila berada di pejabat. Sebagai contoh, hias bilik pejabat atau meja anda dengan aksesori yang menarik seperi meletakkan gambar-gambar keluarga, barang hiasan dan sebagainya supaya anda berasa selesa dan nyaman berada di bilik anda mahupun di ruang anda. Jika ada antara kamu yang suka membaca buku, susun buku-buku tersebut di rak atau di atas meja anda. Jadikan ruang tersebut sebagai pemangkin semangat anda.


5. Tetap Menjadi yang Terbaik


Jangan biarkan rasa tidak puas dengan pekerjaan membuat "nama" anda buruk. Tunjukkan bahawa anda memiliki kompetensi serta kreadibiliti dalam bidang apa pun. Lakukan pekerjaan dengan sehabis baik.

~Sekian~J

2 comments: