Tuesday, January 3, 2012

Encik AZAM~~

A.Z.A.M

Assalammualaikum dan salam sejahtera J

Pertama sekali, dengan penuh semangat (tidak dapat dipaparkan visual semangat tersebut..hehe), aku ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2012.

Baiklah, setiap kali tahun baru menjelang, satu soalan tradisional yang pasti akan di tanya ialah , “Apakah azam tahun ini?”. AZAM, apakah itu azam? Pentingkah AZAM?

AZAM ialah kemahuan, keinginan, cita-cita yang sangat kuat yang dikehendaki dan mahu dicapai oleh setiap individu. Adakah AZAM itu penting? Itu terpulang kepada individu. Namun, bagi kebanyakan individu, AZAM itu perlu ada? Kenapa? Mari kita bayangkan satu senario. Bayangkan anda mempunyai peluru, ada senapang, pendek kata peralatan yang cukup lengkap, tapi tidak ada apa-apa yang hendak dijadikan sasaran. Maka, tiada gerakan. Maksudnya di sini, AZAM bertindak sebagai “penggerak” untuk kita mencapai sesuatu matlamat.

Jika ada azam-azam pada tahun-tahun yang lepas yang masih belum dicapai, pada tahun baru ini, adalah molek sekiranya jika anda memenuhi azam yang lama tersebut sebelum mencapai azam yang baru. Bolehla kita mengelakkan daripada “Unfinished busniness”. Bila azam lama sudah Berjaya dicapai, barulah bergerak ke fasa pertama untuk mencapai azam baru. Ingatlah bahawa, hidup ini merupakan satu perjalanan, bukan satu destinasi. Bila dah capai matlamat yang lain, kita set lagi matlamat baru. Kenapa? Ha, sebab ada “thrill” apabila kita sentiasa bergerak dan berusaha untuk mencapai matlamat.

Baiklah, berikut merupakan 2 petua untuk set AZAM yang baru (sumber : http://www.imotivasi.net/2-tips-motivasi-azam-tahun-baru-2012.html )

1. Lihat Apa Yang Anda Mahu Perbaiki.

Setiap dari kita adalah kelemahan tersendiri, kesilapan, kegagalan. Set azam untuk perbaiki kelemahan, kesilapan dan kegagalan itu pada tahun 2012. Masa lalu usah disamakan dengan masa sekarang ni. Gagal di masa lalu, jangan jadikan pengukur untuk berkemungkinan gagal pada masa kini. Jadikannya pengajaran saja, perbaiki diri anda, tambah ilmu kemudian berusahalah jadi semakin baik, semakin bagus.

2. Fikir Apa Anda Mahu Capai.

Fikir apa yang anda mahu capai pada tahun 2012. Ia mungkin lebih dari satu – misalnya mahu mencapai gred cemerlang, mahu jadi anak cemerlang, mahu jadi usahawan cemerlang, mahu jadi suami atau isteri cemerlang. Cara terbaik, fikirkan apa yang anda mahu capai dalam bidang kekeluargaan, kerjaya dan ketuhanan (ibadah). Ini penting kerana tujuannya adalah untuk memajukan hidup anda. Tak ada 3 aspek ini, hidup anda tak ada kemajuan. Jadi, apa yang mahu capai pada tahun 2012? Tanya diri anda, jawapan yang muncul, itulah yang anda akan terfikir untuk jadi azam Anda untuk tahun 2012.

Akhir kata, sebuah azam hanya akan kekal sebagai azam jika anda hanya membayangkan keinginan untuk mencapainya tetapi tidak melakukan sebarang usaha untuk mencapainya. Jadi, berusahalah dengan bersungguh-sungguh ye J

Sumber : http://www.imotivasi.net/2-tips-motivasi-azam-tahun-baru-2012.html

Sekian..hehehe~~~

Happy New Year 2012

No comments:

Post a Comment