Monday, March 19, 2012

Kes Jenayah Penculikan yang semakin berleluasa




Asslammualaikum dan selamat pagi..:)

Isu yang ingin dikongsi pada hari ini ialah berkenaan dengan isu yang sentiasa berlaku, malah semakin berleluasa sejak kebelakangan ini. YESSS..Isu penculikan, kehilangan budak kecil, remaja mahupun orang dewasa. Apakah yang membuat aku terpanggil untuk menulis tentang kejadian ini? Kerana, kes penculikan, kehilangan orang ini seperti tiada akhirnya.Terbaru adalah kejadian kes bunuh adik Dirang dan semalam (19 Mac), negara digemparkan lagi dengan kes penculikan seorang gadis berusia 15 tahun, adik Siti Nur Fatihah.



Apabila kejadian seperti ini berlaku, masyarakat malah setiap individu akan mencari siapa yang harus dipersalahkan. Kenapa kes sebegini masih berlaku? Tiada undang-undang kah negara kita? Apakah tindakan pihak berkuasa? Apkah peranan serta tanggungjawab ibu bapa? Ataupun, menjadi tanggungjawab masyarakat untuk menghapuskan jenayah seperti ini daripada terus berleluasa? Ya, itulah persoalan yang akan timbul dalam benak kita. Dan yang paling penting, kita terus-terusan mencari siapakah yang harus dipertanggungjawabkan, siapakah yang bersalah? Siapakah yang harus memainkan peranan mereka?

Namun, haruskah kita meletakkan kesalahan tersebut kepada seseorang atau pun sesuatu pihak hanya kerana mereka mempunyai tanggungjawab ke atas individu yang hilang tersebut? Sebagai contoh; Pasti ada segelintir masyarakat yang akan menunding jari ke arah;

a) Ibu Bapa
- Wajarkah kesalahan diletakkan ke atas ibu bapa? Tiada ibu bapa yanng inginkan kejadian yang buruk terjadi ke atas anak-anak mereka. Itu pasti. Tambahan pula, dengan kejadian terbaru, adik Fatihah hanya pergi ke kedai yang hanya terletak 100 meter dr rumahnya dan ditemani adik-adiknya. Mungkin orang akan terfikir, ibunya harus menemaninya. Jika difikirkan semula, walau ibunya menemani mangsa, adakah si penculik tidak akan menculik adik Fatihah? Hurmm???

b) Pihak berkuasa (Polis, JPJ- cermin kereta gelap)
- Rata-rata masyarakat menyalahkan pihak berkuasa kerana tidak tegas dalam pelaksanaan undnag-undang. Betul ke? Come on, Malaysia population is 27 million. Do we expect that the police or other authority can handle this kind of population? Yes, of course we expect that because that is their responsibility. But then, bear in mind, the authority do not have sixth sense or "crime trace alarm" that can help them to forecast crime that might happen.

c) Masyarakat 
- Sebagai ahli masyarakat, adakah kita memainkan peranan dalam menangani masalah ini/ isu? Betul, kita boleh menjadi masyarakat yang concern, help each other, but then, bila penjenayah nak buat jenayah, diaorang akan buat announcement ke supaya kita bersedia untuk membantu mangsa? Pastinya tidak. Kita sebagai masyarakat pun tidak tahu kejadian seperti ini akan berlaku. Pasti jika ada individu yang berada di tempat kejadian (penculikan), mereka pasti akan membantu..Namun, kadang-kadang kejadian berlaku dalam lingkungan di luar jangkaan dan kemampuan kita. 

Jadi, siapa yang harus dipersalahkan? Semua di atas? Atau adakah kita perlu mencari kesalahan seseorang dalam keadaan seperti ini sedangkan si penjenayah berasa seronok kerana pihak di luar sana menuding jari antara satu sama lain atas jenayah yang dilakukan oleh mereka.

Kejadian seperti ini akan terus berlaku walaupun setiap pihak memainkan peranan mereka. Kenapa? Sebab manusia pada zaman ini semakin kejam, tidak kenal erti takut, tidak takut dikenakan hukuman, tidak takut Tuhan, tidak takut pada kehidupan selepas mati. Para penjenayah mendapat kepuasan dengan jenayah yang mereka lakukan. Perkara yang perlu kita lakukan dan ubah adalah bermula pada asas kehidupan seseorang manusia. Kerana, seperti yang dikatakan tadi, manusia pada zaman ini bukanlah manusia sepenuhnya. Mereka manusia yang bertopengkan nafsu, syaitan dan kejahatan. Mereka berdiri dan hidup di atas ruang kesengsaraan orang lain. Mereka manusia, tetapi tidak ada hati. Tidak ada hatikah mereka sedangkan Allah menciptakan manusia itu semua sama. Manusia itu sendiri yang gagal memimpin diri mereka?Kenapa?Teras dan asas nilai murni dalam hidupan mereka tidak ada. Jadi, jika difikirkan kembali, siapa yang harus dipertanggungjawabkan?

Ha, jawapan yang paling cliche, pastinya takdir. Patutkah kita salahkan takdir?Apa yang takdir lakukan?Ya, setiap yang berlaku adalah Qada dan Qadar Allah. Tapi Allah SWT pernah berkata, Dia tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubahnya. Hanya satu perkara sahaja yang manusia tidak boleh ubah, iaitu mati. Maksudnya, kejadian seperti ini kita boleh ubah/boleh dielak daripada berlaku. Tapi bagaimana?

Hanya soalan yang mampu ditanya~~~

Sekian

No comments:

Post a Comment