Tuesday, March 27, 2012

::: 28 Mac, Love Letter untukMu :::

Assalammualaikum dan salam sejahtera...:)

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah ke hadrat Allah SWT kerana DIA, aku masih bernafas di muka bumi ciptaanNYA pada ulang tahun kelahiranku yang ke errr..25 sudah..hehehe...If ikut Bulan Islam, aku lahir pada tanggal 27 Rejab..hehehe..27 Rejab nanti bleh celebrate bday lagi..ngeh3x...

Well, pejam celik pejam celik, 25 tahun sudah usiaku..25 tahun sudah bernafas..25 tahun menjadi hamba Allah SWT, 25 tahun menjadi anak kepada Haji Aden & Hajjah Hamisah, 25 tahun menjadi adik kepada Along, Angah, Bang Adi, Bang Eng & Bang Yo. Alhamdulillah, they are perfect for me :)

Alhamdulillah Ya Allah, aku sangat bersyukur dengan setiap apa yang aku ada, setiap yang aku alami sepanjang 25 tahun bernafas..GRATEFULL :)..Pastinya, aku tidak tahu sampai bila usiaku Ya Allah, Hanya Engkau yang tahu. Aku tidak meminta usiaku dipanjangkan kerana saat kematian seseorang itu tidak mungkin Kau ubah..Namun, doaku semoga aku mendapat kesihatan yang baik, sentiasa dalam RahmatMu dan Kau pinjamkan aku kekuatan serta ketenangan dalam menempuh setiap cabaran dalam kehidupan. Juga, aku berdoa semoga aku sentiasa Istiqamah dalam menjalani kehidupan sebagai hambaMU, sentiasa dalam track agamaMu.Amiin :)

Ya Allah, doaku juga semoga setiap insan yang mendoakan aku juga turut mendapat kebahagiaan yang abadi dan tercapai setiap apa yang mereka hajati. Amiin.

Ya Allah, juga kepada mereka yang dekat denganku, Kau lindungilah mereka, Kau rahmati hidup mereka kerana kebahagian yang kau kurniakan kepada aku adalah melalui insan-insan ini. THANKFULL :)

Ya Allah, juga kepada saudara seagamaku yang tidak kukenali mereka, Kau hilangkanlah kesengsaraan mereka, gantikanlah kebahagiaan yang berpanjangan untuk mereka.Amiin :)

Itu doaku, sempena 25 tahun kelahiranku :)

Sesungguhnya Ya Allah, Kaulah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Mengetahui, Tuhan sekalian alam

~Sekian~


No comments:

Post a Comment