Tuesday, March 20, 2012

Menjalin hubungan yang baik dengan individu


Assalammualaikum dan selamat sejahtera J

Read & Head

Kali ini perkongsian bertajuk , “Tips menjalin hubungan yang baik/positif dengan rakan sekerja”. Bagaimana? Jom kita membaca tips di bawah.


1)      Memberi Pujian
-          Memberi pujian terhadap kerja yang dibereskan  atau sebarang kerja yang dilakukan.
-          Cth : “Bagus”, “Good Job”, “Well Done” dan sebagainya akan membantu menaikkan semangat seseorang/ rakan sekerja.
2)      Elakkan kata-kata yang negatif
-          Kadang-kadang kita terlalu menumpukan tentang perkara negatif sehingga mengeluarkan kata-kata yang negative terhadap seseorang. Lantas, kita terlupa tentang perkara yang positif yang pernah dilakukan oleh individu tersebut.
3)      Jangan mengaibkan orang
-          Kita manusia biasa. Tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. Dengan itu, sebelum kita melihat kekurangan yang ada pada orang lain, teliti dahulu kekurangan yang ada pada diri sendiri J
4)      Bersikap rendah diri
-          Elakkan diri mengeluarkan perkataan yang berunsur bongkak dan sombong. Perkara ini hanya akan menyebabkan orang lain menjauhkan diri daripada anda. Maka, bersederhanalah anda setiap masa J
5)      Elakkan kata-kata yang sarkastik (menyindir)
-          Menyindir boleh menyebabkan kita merasa puas. Namun, bagi orang yang mendengarnya akan merasa sakit hati.
-          Tapi, bagaimana pula dalam situasi di mana rakan sekerja kita mungkin “mengganggu” kita secara emosi? Bagaimana kita hendak menangani isu sebegini. Ya, salah satu cara adalah menegur dengan cara yang berhemah. Tapi jika masih tidak berubah, hurmm, nampaknya, penggunaan sarcacism mungkin boleh membantu, tapi dari segi yang positif. Demi keamanan sejagat.Heh J
6)      Memohon maaf dan Memaafkan orang lain
-          Di antara tanda kerendahan hati ialah mudah memohon maaf dan memaafkan orang lain. Jika mahu orang lainmemaafkan kita, maka apa salahnya kita terlebih dahulu memaafkan orang lain.
-          Selain itu, dengan bersikap pemaaf dan sentiasa meminta maaf, hati akan sentiasa tenang.
7)      Menghargai orang lain
-          Hargailah orang lain (hasil kerja mereka, usaha yang mereka curahkan untuk kerja mereka) menunjukkan kita mempunyai sifat mengambil berat tentang individu lain.
-          Sentiasa peka terhadap perasaan mereka.
8)      Memberi teguran yang lembut
-          Kata-kata yang lembut mampu menembusi hati yang keras. Betul?Heh

9)      Suka Membantu
-          Sikap suka membantu akan menyebabkan sesebuah hubungan menjadi lebih erat. Bak kata WonderPats “Apa yang penting, Kerjasama”.



No comments:

Post a Comment