Tuesday, March 20, 2012

Mengasah hobi zaman dahulu :)

Sajak ini bertajuk :


Syurga Itu


Kosong...
Begitulah permulaannya..
Lalu..
Bunga-bunga itu hidup dan subur..
Bersama keajaibannya yang tersendiri..
tanpa aku sedari.


Puas..
Penafian..
Penghapusan..
Segalanya aku lakukan untuk hapuskan..
Bunga-bunga itu..
Ku tarik, rentap..
Dari akarnya..
Namun, ia tetap teguh disitu..
Kenapa?
Benakku mula bertanya kepada
segumpal darah di dalam daging...
Tapi..hampa...


Syurga itu..
Ya, syurga itu tidak mungkin menyedarinya,
Kerana..
Aku kaku, kelu dan bisu..


Maka syurga itu,
Mata ini tidak akan pernah mampu menipu..
Kerana itu, ku palingkan indera ini daripada pandanganmu
Agar..
Rahsia itu wahai syurga dapatku simpan rapi
Dilubuk halus raga..
Tanpa mampuku bela..
Kerana..
Syurga itu..
bukan milik aku..


Wah..hahahaha...ciptaan selama 15 minit.


Tak seberapa, tapi cukup untuk mengingati zaman mempunyai hobi menulis sajak..


~Sekian~

No comments:

Post a Comment